Pengangkutan dalam Tumbuhan

4.4 - Fitoremediasi

Definisi Fitoremediasi

Fitoremediasi merupakan satu kaedah rawatan air alternatif yang menggunakan tumbuhan untuk menyingkirkan, mendegradasikan, dan mengekstrak bahan pencemar seperti logam berat di dalam tanah dan air. Perkataan ini berasal daripada 'phyto' (Yunani kuno) yang bermaksud tumbuhan dan 'remedium' (Latin) yang memberi maksud memperbaiki.

Contoh tumbuhan yang mampu membantu fitoremediasi termasuk Eichhornia crassipes (keladi bunting).

Rajah 9

Rajah 9 - E. crassipes mempunyai akar panjang yang boleh mengumpul logam berat seperti kuprum dan plumbum di dalam air.

Penggunaan Fitoremediasi dalam Kehidupan

Bunga Matahari

Bunga matahari

  • Digunakan untuk remediasi tanah tercemar selepas letupan loji nuklear di Chernobyl, Russia.
  • Bertindak sebagai hiperkumulator yang dapat menyingkirkan bahan logam ( zink, plumbum, kuprum dan kromium ) dan bahan radioaktif ( sesium dan strontium ).

Pistia Stratiotes (pokok kiambang)

Pistia stratiotes (pokok kiambang)

  • Tumbuhan akuatik yang digunakan untuk merawat air sisa di loji kumbahan melalui kaedah fotoremediasi.
  • Kadar pertumbuhan pantas dan boleh mengumpul logam berat dan menyerap nutrien di loji kumbahan.

Pokok kangkung darat

  • Akarnya mampu menyerap merkuri dari dalam tanah.

Pokok kangkung air

  • Akarnya boleh menyerap logam berat cadmium daripada air.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024