Pengangkutan dalam Tumbuhan
Translokasi merupakan proses pengangkutan bahan-bahan organik seperti sukrosa, asid amino dan hormon dari bahagian daun ke bahagian tumbuhan yang lain. Perkataan translokasi berasal daripada perkataan Yunani iaitu 'trans' yang bermaksud menyeberang dan 'lokus' yang bermaksud tempat atau kedudukan.
Rajah 8 -
- Hasil fotosintesis seperti sukrosa diangkut ke dalam tiub tapis secara pengangkutan aktif.
- Pengangkutan sukrosa ke tiub tapis mengurangkan keupayaan air di dalam tiub tapis. Ini akan menyebabkan air meresap ke dalam tiub tapis dari xilem secara osmosis.
- Peresapan air meningkatkan tekanan hidrostatik di dalam tiub tapis.
- Peningkatan tekanan hidrostatik menolak sukrosa di sepanjang tiub tapis ke organ tumbuhan yang lain.
- Sukrosa akan diangkut secara aktif dari tiub tapis ke bahagian tumbuhan yang lain seperti batang, akar, pucuk, buah dan umbisi.
- Keupayaan air yang tinggi di floem menyebabkan resapan air kembali ke xilem secara osmosis.
- Transpirasi menarik air di sepanjang salur xilem melawan tarikan graviti.
Answer practice questions to test your knowledge
Join our community on Whatsapp!