Pengangkutan dalam Tumbuhan

4.1 - Tisu Vaskular

Keperluan Pengangkutan dalam Tumbuhan

Oleh kerana saiz tumbuhan besar, jumlah luas permukaannya tidak cukup untuk penyerapan bahan-bahan organik dan tak organik daripada persekitarannya. Namun begitu, kehadiran tisu vaskular dapat mengatasi masalah ini.Tisu vaskular merupakan sistem pengangkutan dalam tumbuhan untuk mengangkut nutrien, air dan garam mineral ke seluruh bahagian tumbuhan. Tisu vaskular terdiri daripada xilem dan floem.

  • Xilem
    • Mengangkut air dan mineral dari akar ke batang dan daun tumbuhan.
  • Floem
    • Mengangkut sebatian organik yang dihasilkan oleh fotosintesis dari daun ke batang dan akar tumbuhan.

Tumbuhan yang mempunyai tisu vaskular dipanggil tumbuhan vaskular. Sebaliknya, tumbuhan bukan vaskular pula tidak mempunyai tisu vaskular. Contoh tumbuhan bukan vaskular ialah alga dan lumut.

Penyesuaian Struktur Salur Xilem dan Trakeid dengan Pengangkutan Air dan Garam Mineral

Selain pengangkutan air dan garam mineral, xilem juga berfungsi memberi sokongan mekanikal kepada tumbuhan.

Struktur, Ciri dan fungsi

Salur xilem

  • Terdiri daripada sel mati apabila matang.
  • Sel tidak mempunyai sitoplasma dan tersusun memanjang dari hujung ke hujung untuk membolehkan pengangkutan air secara efisien.
  • Dinding mempunyai penebalan lignin untuk menguatkan salur xilem agar tidak ranap daripada daya tegangan dan tekanan air yang bergerak.
  • Lignin juga menyokong pokok daripada lenturan.

Rajah 1

Rajah 1 - Salur xilem.

Trakeid

  • Dinding sel juga mempunyai penebalan lignin dan liang untuk membolehkan pergerakan air ke trakeid bersebelahan.

Rajah 2

Rajah 2 - Trakeid.

Penyesuaian Struktur Tiub Tapis dan Sel Rakan dengan Pengangkutan Bahan Organik

Rajah 3

Rajah 3 - Struktur floem.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024