Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma

3.4 - Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma dalam Kehidupan Harian

Proses osmosis berlaku dalam kehidupan seharian dan aplikasinya telah memberi sumbangan besar dalam pengawetan makanan. Berkat osmosis, acar dan jem dapat disimpan untuk dijangka masa yang panjang. Garam dan gula yang tinggi bertindak sebagai pengawet semula jadi makanan. Larutan hipertonik tidak sesuai untuk pertumbuhan bakteria. Sel bakteria mudah kehilangan air dan akan mati akibat dehidrasi.

  • Penghidratan semula

    • Minuman penghidratan semula membantu mengembalikan air dan elektrolit dalam individu yang mengalami cirit-birit.
    • Minuman isotonic dapat membantu atlet mengganti air dan elektrolit yang hilang selepas senaman.
    • Larutan saline adalah isotonik terhadap plasma darah manusia. Digunakan untuk mencuci luka, membersihkan sinus atau menghidratkan pesakit.
  • Liposom

    • Vesikel yang disintesis mengandungi larutan akues dikelilingi oleh membran dwilapisan.
    • Digunakan untuk mengangkut ubatan ke sel sasaran.
  • Osmosis berbalik

    • Proses pembersihan air untuk menghasilkan air minuman.
    • Air dikenakan tekanan untuk melalui membran telap memilih supaya zarah bendasing boleh dihalang.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024