Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma

3.1 - Struktur Membran Plasma

Membran plasma memainkan peranan yang penting dalam kebanyakan proses biokimia di dalam badan. Ia mengawal pergerakan masuk dan keluar semua bahan dalam sel. Model mozek bendalir menggambarkan membran plasma seperti berbentuk satu corak mozek. Membran plasma kelihatan sentiasa terapung sambil mengandungi fosfolipid, kolesterol dan protein.

Rajah 1

Rajah 1 - Membran plasma ialah membran biologi yang memisahkan persekitaran luaran dan dalaman. Ia melindungi sel daripada persekitarannya. Ia juga boleh mengekalkan kebendalirannya pada suhu yang berlainan.

Setiap molekul fosfolipid terdiri daripada kepala berkutub yang bersifat hidrofilik (tertarik kepada air) dan ekor tidak berkutub yang bersifat hidrofobik (tidak tertarik kepada air). Kepala fosfolipid yang menyukai air menghala ke arah luar sel manakala ekornya yang tidak menyukai air menghala ke dalam sel.

Rajah 2

Rajah 2 - Kehadiran kumpulan fosfat yang bercas negatif menjadikan kepala hidrofilik. Rantai asid lemak tidak bercas dan tidak polar menjadikan ekornya hidrofobik.

Banyak jenis molekul boleh dijumpai terbenam dalam dwilapisan fosfolipid. Contohnya, molekul protein termasuk protein liang dan protein pembawa. Protein liang ialah protein yang mempunyai liang/terusan untuk membolehkan bahan mengalir masuk dan keluar dari sel. Protein pembawa pula hanya akan mengikat dan membawa bahan tertentu secara resapan berbantu atau pengangkutan aktif.

Rajah 3

Rajah 3 - Protein liang (kiri) membentuk satu liang yang membenarkan bahan terlarut merentasi membran plasma. Protein pembawa (kanan) boleh bertukar bentuknya untuk membawa bahan terlarut dari dalam sel ke persekitarannya atau sebaliknya.

Glikoprotein dan glikolipid boleh dijumpai di permukaan membran plasma. Glikoprotein dan glikolipid merupakan oligosakarida yang bertindak sebagai molekul reseptor untuk hormon. Molekul ini juga boleh menstabilkan membran dengan membentuk ikatan hydrogen dengan air. Kolesterol ialah molekul yang juga boleh dijumpai di antara molekul fosfolipid. Kolesterol menjadikan membran kurang telap terhadap bahan larut air. Kolesterol juga menstabilkan membran tetapi juga membuatkan membran lebih fleksibel. Ini yang menyebabkan membran plasma mempunyai sifat 'bendali'.

Rajah 4

Rajah 4 - Glikoprotein (kiri) dan glikolipid (kanan) yang menonjol dari permukaan membran plasma membantu dalam pengecaman sel-sel.

Sifat Ketelapan Membran Plasma

Membran plasma bersifat telap memilih yang bermaksud membran tersebut hanya membenarkan sesetengah bahan merentasinya. Sifat telap memilih membran plasma adalah disebabkan oleh dwilapisan fosfolipid dan molekul protein dalam struktur binaannya.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024