Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma
Sekarang, kita akan lihat beberapa contoh pengangkutan aktif dan pasif yang berlaku dalam haiwan dan tumbuhan.
Rajah 10 - Pertukaran gas (oksigen dan karbon dioksida) di alveolus berlaku melalui resapan ringkas. Kepekatan oksigen dari organ paru-paru lebih tinggi daripada karbon dioksida. Sementara itu, kepekatan karbon dioksida dari tisu badan adalah lebih tinggi daripada oksigen. Jadi, oksigen meresap ke dalam saluran darah dan karbon dioksida meresap keluar.
Rajah 11 - Pam natrium-kalium (Na⁺-K⁺) memerlukan ATP untuk berfungsi. Dalam setiap kitaran, 2 ion kalium akan dibawa masuk ke dalam sel dan 3 ion natrium akan dibawa ke luar sel.
Rajah 12 - Kedua-dua larutan A dan B (atas) adalah isotonik, maksudnya larutan A dan B mempunyai kepekatan bahan terlarut yang sama. Oleh itu, tiada pergerakan bersih air merentasi membran plasma yang bersifat telap memilih.
Larutan A (tengah) adalah hipotonik terhadap larutan B, maksudnya kepekatan bahan terlarut adalah lebih rendah berbanding dengan larutan B. Jadi, pergerakan bersih air meresap dari larutan A ke larutan B sehingga keseimbangan dinamik dicapai.
Larutan A (bawah) adalah hipertonik terhadap larutan B. Ini bermaksud kepekatan bahan terlarut adalah lebih tinggi daripada larutan B. Jadi, pergerakan bersih air meresap dari larutan B ke larutan A sehingga keseimbangan dinamik dicapai.
Proses osmosis sentiasa berlaku dalam sel haiwan dan sel tumbuhan. Bendalir intrasel ialah bendalir yang terdapat di dalam sel manakala bendalir ekstrasel ialah bendalir yang mengelilingi sel.
Rajah 13 - Kesan larutan isotonik
Rajah 14 - Kesan larutan hipotonik
Rajah 15 - Kesan larutan hipertonik
Answer practice questions to test your knowledge
Join our community on Whatsapp!