Biologi Sel dan Organisasi Sel

2.4 - Aras Organisasi

Tisu yang berbeza bergabung dan bekerjasama untuk membentuk organ. Sebagai contoh, organ paru-paru terdiri daripada tisu otot licin, tisu epitelium, tisu penghubung dan tisu saraf supaya dapat berfungsi secara menyeluruh. Satu sistem biologi terbentuk apabila banyak organ bekerjasama menjalankan satu atau lebih fungsi tertentu. Manusia mempunyai 11 sistem organ utama iaitu:

  • Sistem respirasi
  • Sistem pencernaan
  • Sistem peredaran darah
  • Sistem limfa
  • Sistem pembiakan
  • Sistem urinari
  • Sistem endokrin
  • Sistem integumen
  • Sistem otot
  • Sistem saraf
  • Sistem rangka

Dalam tumbuhan, sistem boleh dibahagikan kepada sistem pucuk dan sistem akar. Sistem pucuk terdiri daripada daun, bunga, batang, buah dan pucuk. Sistem akar pula terdiri daripada semua akar dalam tumbuhan tersebut.

Rajah 22

Rajah 22 - Seperti manusia, sistem dalam tumbuhan bekerjasama untuk menyokong kehidupan tumbuhan. Sistem pucuk berada di atas tanah manakala sistem akar menambat tumbuhan dan membantu dalam penyerapan air dan garam mineral. Daun tumbuhan menyimpan karbohidrat dalam bentuk kanji. Batang menyokong tumbuhan dalam kedudukan tegak untuk menyerap cahaya matahari yang maksimum semasa fotosintesis. Bunga terlibat dalam proses pembiakan tumbuhan.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024