Biologi Sel dan Organisasi Sel

2.3 - Proses Hidup Organisma Multisel

Berbeza dengan organisma unisel, organisma multisel terdiri daripada lebih satu jenis sel. Sel yang berbeza menjalankan fungsi tertentu bagi memastikan proses tubuh normal boleh dijalankan. Berikut adalah beberapa contoh sel yang berlainan yang dapat dijumpai dalam badan manusia.

Rajah 7

Rajah 7 - Ini merupakan satu contoh sel epithelium di salur pencernaan. Mikrovili membantu meningkatkan penyerapan nutrien semasa pencernaan makanan.

Rajah 8

Rajah 8 - Sel otot licin (gambar atas) boleh dijumpai melapisi dinding organ seperti perut, usus, pundi kencing dan rahim. Sel tersebut sering terlibat dalam pergerakan otot yang tidak disengajakan. Sel otot kardiak pula boleh dijumpai di dinding jantung. Pengecutan sel otot kardiak juga merupakan pergerakan tidak disengajakan tetapi hasilnya kuat dan berirama.

Rajah 9

Rajah 9 - Sel darah merah dan platelet tidak mempunyai nukleus. Sementara itu, sel darah putih yang berbeza mempunyai bentuk nukleus yang berlainan yang dapat digunakan untuk membuat perbezaan. Sebagai contoh, neutrofil mempunyai ciri-ciri nukleus yang terdiri banyak cuping. (biasanya 3 hingga 5 cuping).

Rajah 10

Rajah 10 - Salut mielin membantu mempercepat impuls elektrik di sepanjang sel-sel saraf.

Rajah 11

Rajah 11 - Sperma merupakan sel/gamet pembiakan lelaki yang dihasilkan dan disimpan di testis.

Begitu juga dalam tumbuhan, beberapa sel menjalani pengkhususan untuk menghasilkan fungsi yang penting untuk kehidupan.

Rajah 12

Rajah 12 - Xilem yang matang dibina daripada sel yang telah mati. Tisu xilem tidak mempunyai organel dan ini memudahkan pengangkutan air dan garam mineral di dalamnya.

Rajah 13

Rajah 13 - Ini adalah keratan rentas daun. Semua sel disusun dengan cara yang dapat memaksimumkan proses fotosintesis.

Rajah 14

Rajah 14 - Translokasi merujuk kepada pergerakan sukrosa dan asid amino (produk fotosintesis) dalam tumbuhan.

Rajah 15

Rajah 15 - Fungsi sel akar rambut adalah untuk meningkatkan luas permukaan untuk penyerapan air dari persekitaran.


Organisasi Sel dalam Manusia

Sel-sel yang sama jenis disusun Bersama membina tisu. Sel-sel tersebut menjalankan fungsi yang sama bersama sebagai satu unit untuk membolehkan tisu berfungsi. Dalam manusia, tisu boleh dikategorikan kepada empat jenis utama iaitu tisu epitelium, tisu otot, tisu penghubung dan tisu saraf.

Tisu epitelium

  • Boleh dijumpai di seluruh badan
  • Melapisi permukaan badan termasuk rongga berongga dan organ berongga
  • Tisu utama dalam kelenjar
  • Fungsinya termasuk memberi perlindungan, rembesan, penyerapan, perkumuhan, penyebaran dan penerimaan deria
  • Terdapat empat jenis tisu epitelium iaitu kuboid sederhana, skuamosa sederhana, kolumnar sederhana dan skuamosa berstrata.
  • Contohnya termasuk yang melapisi salur pencernaan dan pernafasan

Rajah 16

Rajah 16 - Ini ialah satu contoh kolumnar sederhana epitelium yang boleh dijumpai di dinding usus kecil.

Tisu otot

  • Tisu lembut yang membentuk otot dalam manusia dan haiwan
  • Boleh dibahagikan kepada otot licin, otot rangka dan otot kardium (dibentuk dari tiga sel otot asas)
  • Boleh mengecut dan mengendur untuk menghasilkan pergerakan

Rajah 17

Rajah 17 - Otot kardium (kiri atas) boleh dijumpai pada dinding jantung. Otot rangka (kanan atas) merupakan tisu otot berjalur yang terlibat dalam pergerakan sukarela. Otot licin (bawah) pula ialah otot bukan berjalur yang mengecut secara perlahan dan automatik.

Tisu penghubung

  • Menghubungkan dan menyokong tisu lain di dalam badan
  • Tisu penghubung yang berbeza boleh dijumpai dalam tubuh ialah rawan, tulang, tisu adipos, tisu darah, tisu penghubung longgar dan tisu penghubung bergentian

Rajah 18

Rajah 18 - Salah satu contoh tisu penghubung ialah tisu darah. Darah terdiri daripada 55% plasma dan 45% komponen darah (sel darah merah, sel darah putih dan platlet).

Rajah 19

Rajah 19 - Ini ialah lima tahap asas organisasi dalam manusia.

Organisasi Tisu dalam Tumbuhan

Terdapat tiga jenis tisu utama yang boleh dijumpai dalam tumbuhan iaitu parenkima tisu, kolenkima tisu, sklerenkima tisu dan vascular tisu (xilem dan floem). Rajah di bawah memberi ringkasan bagi organisasi tisu dalam tumbuhan.

Rajah 20

Rajah 20 - Organisasi tisu dalam tumbuhan.

Rajah 21

Rajah 21 - Sel parenkima (kiri atas) mempunyai dinding yang nipis dan terlibat dalam fungsi-fungsi seperti fotosintesis, penyimpanan dan rembesan. Sel kolenkima (kedua dari kanan) mempunyai dinding yang berbentuk tidak teratur yang lebih tebal daripada dinding sel parenkima. Ini memberi sokongan kepada tumbuhan herba. Sklerenkimia (kiri bawah) ialah tisu mati yang mempunyai dinding sel yang sangat tebal. Sel sklerenkima boleh dijumpai dalam tumbuhan yang memerlukan sokongan dan kekuatan mekanikal seperti kayu dan serat.

Kepadatan Komponen Sel Tertentu dan Fungsi Sel Khusus

Sesetengah sel mempunyai kepadatan komponen sel tertentu yang tinggi kerana fungsi spesifik yang dilakukan. Jadual di bawah menunjukkan kepadatan sebahagian komponen sel yang terdapat dalam sesetengah sel. Perhatikan bahawa sesetengah orang yang mempunyai masalah tertentu, ianya boleh disebabkan oleh kegagalan fungsi, kekurangan atau ketiadaan sel komponen tertentu. Tay-Sachs merupakan satu contoh penyakit yang disebabkan oleh kegagalan penghasilan sejenis enzim dala lisosom.

Organel

Mitokondrion

  • Komponen sel yang banyak:
    • Sel adipos
    • Sel sperma
    • Sel otot
    • Sel meristem tumbuhan
  • Fungsi:
    • Sel adipos memerlukan mitokondrion yang banyak untuk menyimpan tenaga.
    • Sel sperma memerlukan tenaga untuk berenang dan mensenyawakan oosit sekunder.
    • Pergerakan otot memerlukan tenaga untuk melakukan pelbagai aktiviti, terutamanya untuk haiwan dan serangga yang terbang.
    • Proses pembahagian secara aktif memerlukan tenaga untuk menghasilkan sel baharu.

Kloroplas

  • Komponen sel yang banyak:
    • Sel mesofil palisad
    • Sel mesofil berspan
  • Fungsi:
    • Diperlukan untuk memaksimumkan proses fotosintesis untuk penghasilan makanan

Jalinan endoplasma kasar dan jasad Golgi

  • Komponen sel yang banyak:
    • Sel pankreas
    • Sel goblet
    • Sel hati
  • Fungsi:
    • Aktif dalam sintesis dan rembesan enzim pencernaan dan protein seperti insulin dan glukagon.
    • Menghasilkan dan mengeluarkan mucus.
    • Protein sintensis untuk proses metabolisme.
    • Sel hati juga banyak mempunyai jalinan endoplasma licin kerana terlibat secara aktif dalam detoksifikasi dadah dan racun.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024