Pengenalan kepada Biologi dan Peraturan Makmal

1.2 - Keselamatan dan Peraturan dalam Makmal Biologi

Bagi menjamin keselamatan semua pengguna makmal biologi, terdapat beberapa garis panduan/Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang mesti dipatuhi untuk mengelakkan kemalangan yang tidak diingini. Para pelajar mesti mematuhi beberapa peraturan keselamatan umum setiap kali mereka berada di dalam makmal. Mereka juga perlu mengenali dan memahami cara penggunaan peralatan-peralatan perlindingan diri yang telah disediakan di dalam makmal.

Rajah 2

Rajah 2 - Ini adalah peralatan perlindungan asas yang mesti dipakai oleh semua pengguna makmal untuk melindungi diri daripada bahan-bahan kimia atau biobahaya. Cuci tangan dengan air dan sabun setiap kali sebelum and selepas eksperimen.

Peralatan perlindungan diri:

  • Gogal:
    • Melindungi mata daripada bahan kimia, wap, asap atau habuk.
  • Topeng muka:
    • Melindungi daripada gas toksik dan organisma patogenik melalui system pernafasan.
    • Mengelakkan air liur atau titisan pernafasan daripada mencemari spesimen/kultur tisu atau cel.
  • Sarung tangan makmal:
    • Melindungi tangan daripada bahan berbahaya atau mengakis di dalam makmal.
    • Mengelakkan kontaminasi pada spesimen/kultur tisu atau cel.
  • Sarung tangan tebal:
    • Melindungi tangan daripada haba, bahan kimia yang berbahaya
  • Baju makmal:
    • Baju makmal direka panjang untuk melindungi lengan dan tangan daripada sebarang bahan kimia yang boleh membahayakan kita.
  • Seluar panjang & kasut makmal:
    • Pemakaian seluar panjang dan kasut makmal boleh melindungi kita daripada tumpuhan atau percikan bahan kimia yang berbahaya.

Rajah 3

Rajah 3 - Memahami cara penggunaan stesen pancuran kecemasan dan stesen pencuci mata merupakan keutamaan kepada semua pengguna makmal. Apabila tumpahan bahan kimia terkena badan atau mata kita, basuh segera dengan air.

Rajah 4

Rajah 4 Penggunaan kebuk wasap, kabinet aliran lamina dan kabinet biokeselamatan adalah penting sekiranya eksperimen yang dibuat melibatkan asap/wap berbahaya, cecair meruap, organisma patogenik atau memerlukan keadaan steril. Kebuk wasap diperlukan apabila eksperimen menggunakan gas-gas yang berbahaya. Contohnya, asid hidroklorik yang pekat. Kabinet aliran lamina pula digunakan apabila eksperimen memerlukan keadaan yang steril seperti mengendalikan spesimen/kultur tisu atau cel. Kelas kabinet keselamatan berbeza berdasarkan tahap keselamatan yang diperlukan dan jenis spesimen yang dikendalikan.

Kaedah Mengurus Bahan Sisa Biologi

Selepas eksperimen, bahan-bahan sisa perlu dibuang dengan betul. Sisa-sisa biologi yang mungkin mengandungi darah, produk darah atau bahan biobahaya harus dibuang secara berasingan daripada sisa-sisa yang lain kerana sisa-sisa biologi tersebut mungkin membahayakan alam sekitar. Cara-cara untuk mengurus pelbagai jenis sisa biologi boleh dilihat dalam jadual di bawah (Jadual 1).

Kategori:

Kategori A (sisa tajam)

Kategori A

  • Contoh: Sisa bioperubatan yang merangkumi semua jenis alat yang boleh menusuk atau merosakkan kulit seperti jarum, skalpel, bilah and lain-lain yang boleh menyebabkan luka
  • Kaedah pengurusan:Sisa-sisa tajam perlu dibuang di dalam bekas yang disediakan khas untuk sisa tajam. Bekas ini tidak perlu disterilkan.

Kategori B (sisa tidak tajam)

Kategori B

  • Contoh: Contoh sisa-sisa yang tidak tajam seperti sarung tangan, topeng muka, kertas tisu, piring petri dan lain-lain. Kaedah pengurusan:
  • Kaedah: Sisa-sisa ini perlu dibungkus di dalam beg plastik biobahaya tahan autoklaf sebelum disterilkan di dalam autoklaf. Selepas autoklaf, beg plastic perlu dimasukkan ke dalam tong biobahaya.

Kategori C (bangkai haiwan)

Kategori C

  • Contoh: Organ, sisa tisu haiwan makmal atau haiwan uji kaji seperti tikus
  • Kaedah pengurusan:Bangkai haiwan perlu dibalut dengan kertas tisu dahulu sebelum dibungkus di dalam beg plastik dan dibekukan.

Kategori D (cecair)

  • Contoh: Media cecair, darah, sisa haiwan atau cecair media yang lain
  • Kaedah pengurusan:Semua sisa cecair mesti dinyahkontaminasi secara autoklaf sebelum dibuang. Sisa yang telah disterilkan perlu dilupuskan segera.

Jadual 1 Kebanyakan sisa-sisa bioperubatan perlu dinyahkontaminasi secara autoklaf dan disimpan di stor penyimpanan yang betul sebelum pelupusan yang dijadualkan dengan syarikat berkenaan. Autoklaf merupakan kaedah yang sering digunakan semasa proses nyahkontaminasi dan sterilisasi. Autoklaf dijalankan pada suhu 121°C dan tekanan 15 psi selama 20 minit untuk membunuh semua organisma atau bahan asing yang mungkin terdapat pada peralatan makmal.

Kemalangan dalam Makmal

Kadang-kala, kemalangan masih boleh berlaku dalam makmal disebabkan oleh kecuaian pengguna atau stres. Terdapat beberapa langkah umum boleh diambil untuk menangani kemalangan yang berlaku dalam makmal.

Kemalangan dalam Makmal

Prosedur Kemalangan

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024