Pengenalan kepada Biologi dan Peraturan Makmal

1.1 - Bidang Biologi dan Kerjaya

Biologi adalah kajian tentang benda hidup dan interaksi mereka dengan alam sekitar. Ia merangkumi pemahaman mengenai struktur dan fungsi organisma hidup. Perkataan ‘Biologi’ berasal dari perkataan Yunani ‘bios’ dan ‘logos’.

Rajah 1

Rajah 1 - Bidang kajian dalam biologi boleh dibahagikan kepada banyak cabang. Contohnya, botani (kajian tentang hidupan tumbuhan), fisiologi (kajian mengenai fungsi dan proses hidup dalam organisma), mikrobiologi (kajian tentang mikroorganisma) dan genetik (kajian tentang gen, variasi dan pewarisan genetik dalam organisma).

Sumbangan Biologi dalam Kehidupan Harian

Pengetahuan biologi telah banyak memberi sumbangan kepada manusia dalam bidang-bidang seperti perubatan, farmasi, penghasilan makanan dan pertanian. Salah satu contoh yang baik adalah penemuan yis untuk proses penapaian. Yis telah menjadi salah satu bahan terpenting dalam pembuatan roti.

Sumbangan Biologi dalam Kehidupan Harian

Kerjaya dalam Biologi

Lulusan Biologi boleh mencari pelbagai peluang pekerjaan dengan pengkhususan yang berbeza seperti ahli biologi, ahli ekologi, saintis, ahli bioteknologi, pendidik dan sebagainya.

Kerjaya dalam Biologi

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024