Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

9.3 - Langkah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka

1. Mendapatkan Memorandum (131 memorandom bertulis diterima)

  • Memorandum daripada Pihak Raja-raja Melayu.

  • Raja-raja Melayu mengemukakan memorandum sendiri iaitu

    1. Mencadangakan supaya Persekutuan yang merdeka mempunyai seorang Ketua Negara yang dikenali sebagai Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
    2. YDPA harus dipilih oleh Raja-raja Melayu berdasarkan kekananan.
    3. Tempoh jawatan yg dicadangkan sebagai YDPA ialah 5 tahun.
    4. YDPA boleh meletak jawatan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.
    5. Raja- raja Melayu melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.

Memorandum daripada Parti Politik dan Pihak Awam (soal kewangan)

Parti Perikatan

  • Menyuarakan cadangan melalui memorandum dinamakan “Testament Amanah Politik Parikatan”.
  • Semasa menyediakan memorandum ini, terdapat perbezaan pandangan tentang isu Jus Soli dalam Perikatan pandangan tentang isu Jus Soli dalam Perikatan.
  • Beberapa pihak dlm UMNO yang menolak pemberian kewarganegaraan.

Dewan Perniagaan Melayu

  • Memohon mengetatkan warganegara.

Masyarakat Serani

  • Mahu hak mereka dipertahankan.

Persatuan Dewan Perniagaan Cina se-Malaya

  • Menggesa suruhanjaya membuat peruntukan bagi kewarganegaraan menerusi kelahiran.

Masyarakat India

  • menuntut kedudukan kewarganegaraan mereka diteliti.

Bahasa dan Pendidikan

  • Memorandum MCA menuntut supaya semua sekolah yang daripada aliran bahasa Inggeris atau vernacular perlu diteruskan.
  • Memorandum mencadangkan supaya semua sekolah kebangsaan mempelajari bahasa Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil.

2. Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan TM Mengeluarkan Draf Perlembagaan Yang Mengandungi Perkara Berikut

  • Meneruskan sistem kerajaan Persekutuan dengan negeri mempunyai kuasa tertentu.
  • Sistem kewarganegaraan berasaskan jus soli kepada semua yang lahir di Tanah Melayu.
  • Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan.
  • Raja-raja diterima dengan konsep Raja Berpelembagaan dengan seorang Yang di-Pertuan Agong dipilih bagi Persekutuan Tanah Melayu.
  • Sebuah parlimen dengan 2 Majlis Mesyuarat iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat dibentuk.

3. Reaksi Terhadap Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

  1. UMNO
    • Tidak setuju dengan konsep jus soli kerana bimbang kedudukan istimewa org Melayu tergugat.
    • Agama Islam mestilah diakui sebagai agama rasmi.
    • Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi.
  2. Parti PAS
    • Mengkritik soal kewarganegaraan yang dianggap tidak menjaga kepentingan org Melayu.
    • Mahu kedudukan agama Islam menjadi asas pemerintahan Islam.
    • Menuntut Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi.
  3. Dato Onn Jaafar (Parti Negara)
    • Menolak syarat kewarganegaraan yang longgar.
    • Parti Negara, PAS dan Parti Rakyat mengadakan kongres pada 4 Mei 1957 – 7 Mei 1957 untuk membincangkan draf perlembagaan.
  4. Pertubuhan Cina
    • Ingin menjadikan bahasa Mandarin sebagai bahasa kebangsaan.
  5. MIC
    • Mahu syarat kewarganegaraan dan penggunaan bahasa Tamil.

4. Kunjungan ke London

  • TAR, Dato’ Abdul Razak Hussein, Ong Yoke Lin, V.T Sambanthan sekali lagi ke London untuk bincang dengan British tentang isu kewarganegaraan dan beberapa isu yg belum muktamad.
  • Beberapa perubahan dan pindaan dibuat pada draf perlembagaan.

5. Hasil Pindaan

  • Hasil pindaan disembah perkenan dan dibincangkan dalam Majlis Raja-raja.

6. Draf Dibahaskan

  • 10 – 11 Julai 1957 – draf dibawa ke Majlis Perundangan Persekutuan untuk dibentangkan dan dibahaskan.

7. Kelulusan Draf

  • Draf diluluskan - Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu akhirnya diluluskan oleh Parlimen British di London.
  • Kemudian oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 27 Ogos 1957.
  • Rang undang-undang - rang undang-undang diluluskan. Maka, perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024