Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

9.2 - Peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

  • British mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PPTM) atau Suruhanjaya Reid.

  • Tugas suruhanjaya:

    • Bincangkan PPTM
    • Menyusun PPTM
    • Merangka PPTM

Peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

  1. Memeriksa aturan perlembagaan, mengambil kira kedudukan dan martabat Ratu England dan Raja-raja Melayu.

  2. Memberi cadangan terhadap Perlembagaan Persekutuan sebagai unit tunggal, bebas dan berkerajaan sendiri dalam lingkungan Komanwel berdasarkan Demokrasi Berparlimen dengan 2 Dewan Perundangan.

  3. Wujudkan kerajaan pusat yang kuat dengan kerajaan negeri yang mempunyai autonomi.

  4. Melindungi kedudukan Raja-raja Melayu sebagai Raja Berpelembgaan di negeri masing-masing.

  5. Mencadangkan 1 jawatan bagi ketua negara iaitu Yang di-Pertuan Besar kemudiannya dikenali sebagai Yang di-Pertuan Agong.

  6. Mengadakan satu bentuk kewarganegaraan bagi PTM.

  7. Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.

Gerakan Kerja Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

  1. Meminta cadangan penduduk daripada semua yang berminat secara bertulis atau lisan. Suruhanjaya menerima memorandum bertulis daripada pelbagai pihak untuk diteliti.

  2. Meneliti perlembagaan bagi menteri dalam Perlembagaan mengadap Raja-raja Melayu, Menteri Besar, Penasihat British dan pegawai negeri.

  3. Mengadakan persidangan untuk membincangkan pelbagai isu. 118 perjumapaan diadakan untuk mengkaji dan membuat laporan serta cadangan membentuk perlembagaan.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024