Persekutuan Tanah Melayu 1948

5.1 - Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

  • Diperkenalkan bagi menggantikan Malayan Union 1946.
  • Jawatankuasa Kerja dibentuk untuk merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
  • Ada juga golongan yang mencadangkan perlembagaan alternatif iaitu Perlembagaan Rakyat.

Penubuhan Jawatankuasa Kerja

  • Ditubuhkan 25 Julai 1946.

  • Matlamat:

    • Membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
  • Terdiri daripada wakil Raja-raja Melayu, wakil UMNO & pegawai kanan British

Ahli Jawatankuasa Kerja wakil UMNO

  1. Dato’ Onn Jaafar
  2. Dato’ Abdul Rahman Mohd Yasin
  3. Haji Megat Yunus

Cadangan Jawatankuasa Kerja

  1. Menyatukan semua negeri Melayu dalam satu pentadbiran

  2. Memulihkan kedudukan dan kedaulatan Raja-raja Melayu

  3. Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu

  4. Menubuhkan Dewan Perundangan Negeri.

  5. Kenakan syarat kewarganegaraan.

Gerakan Nasionalis Melayu Radikal

  • Membidas British kerana menjalankan perundingan secara tertutup dengan UMNO.

  • British mengetepikan PKMM daripada Jawatankuasa Kerja.

  • Golongan ini membentuk Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA).

Gabungan PUTERA-AMCJA

  • Golongan bukan Melayu menubuhkan All Malaya Council of Joint Action (AMCJA)

  • Dipengerusi oleh Tan Cheng Lock.

  • PUTERA-AMJCA menganggap British tunduk pada tuntutan UMNO

  • Menganggap Jawatankuasa Kerja tidak demokrtik.

  • AMJCA bergabung dengan PUTERA

  • Kumpulan ini menolak perjanjian persekutuan.

  • AMJCA membantah kerana tiada wakil bukan Melayu.

  • Menganggap Perlembagaan Persekutuan sebagai tidak demokratik.

  • Kukuhkan British dan perkauman.

  • PUTERA-AMCJA menentang cadangan perlembagaan secara terbuka.

Sumbangan Nasiomalis Melayu Radikal

  • Matlamat:

    • Bebaskan tanah air daripada penjajah.
    • Menyatukan seluruh Tanah Melayu
    • Enggan berkompromi dengan penjajah untuk capai kemerdekaan.
  • Memperjuangkan hak semua kaum.

  • Berikan penekanan kepada kebebasan hak bersuara.

  • Berhimpun dan terbitkan akhbar.

    • Akhbar:
    • Suara Rakyat
      • wadah untuk membuka minda.
      • idea ingin bebas dan merdeka
  • Golongan ini mudah diterima oleh rakyat.

  • Memperjuangkan pembelaan terhadap ketidakadilan.

  • Berjuang berdasarkan prinsip dan falsafah.

Cadangan PUTERA-AMCJA

  • Menentang rangak Perjanjian Persekutuan 1948.

  • Tidak bersetuju dengan perwakilan Jawatankuasa Kerja yang hanya diwakili UMNO.

  • Cadangkan Perlembagaan Rakyat sebagai alternative kpd Perjanjian Persekutuan 1948.

    • Cadangan PUTERA

      • Kedudukan Bahasa Melayu
      • Pertahanan Dan Hal Ehwal Luar Negeri
      • Syarat Kewarganegaraan Tanah Melayu
      • Bendera Dan Lagu Kebangsaan
    • Cadangan AMCJA

      • Penyatuan Tanah Melayu dan Singapura
      • Sebuah Kerajaan Pusat Yang Kuat
      • Raja-raja Melayu Sebagai Raja Berperlembagaan
      • Kemajuan Politik Dan Ekonomi Orang Melayu
      • Adat Istiadat Dan Agama Islam
      • Syarat Kewarganegaraan

Perlembagaan Rakyat

1947 – mengadakan pertemuan untuk mengemukakan Perlembagaan Rakyat.

  1. Tanah Melayu disatukan dengan Singapura.

  2. Penubuhan Dewan Perundangan Pusat & majlis-majlis negeri yang dipilih bagi seluruh TM.

  3. Kewarganegaraan yang sama bagi semua orang yang menganggap TM sebagai tempat tinggal dan sanggup curah setia.

  4. Raja-raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan yang bertanggungjawab kepada rakyat dan menerima nasihat melalui majlis Mesyuarat.

  5. Hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu diketuai sepenuhnya oleh orang Melayu melalui Majlis Khas.

  6. Perhatian khas hendaklah diberikan kepada kemajuan politik dan ekonomi orang Melayu.

  7. Bahasa Melayu sbgi Bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.

  8. Hal ehwal luar negeridan pertahanan adalah tanggungjawab kerajaan TM dan British.

  9. Kewarganegaraan Malaya harus dinamakan Melayu.

  10. Warna merah dan putih dimasukkan sbgi latar belakang bendera kebangsaan TM.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024