Biodiversiti

8.2 - Biodiversiti

Konsep Biodiversiti

Terdapat 3 jenis biodiversiti iaitu diversiti genetik, diversiti spesies dan diversiti ekosistem.

Diversiti spesies

  • Variasi dan kepelbagaian organisma di dalam dunia.
  • Merangkumi jumlah bilangan spesies dalam komuniti (kekayaan spesies) dan taburan spesies dalam komuniti (kesamarataan spesies).
  • Contohnya berjuta-juta jenis spesies boleh dijumpai dalam hutan hujan tropika (berjuta-juta spesies serangga dan tumbuh-tumbuhan).

Diversiti genetik

  • Variasi gen individu dalam suatu populasi dan variasi gen di antara populasi yang berbeza bagi spesies yang sama.
  • Perbezaan gen disebabkan oleh pemencilan dan penyesuaian individu terhadap persekitaran berbeza.
  • Misalnya, kombinasi gen yang berlainan membentuk variasi gen dalam tumbuhan seperti pokok padi yang menghasilkan pelbagai jenis beras.

Diversiti ekosistem

  • Pelbagai habitat komuniti biosis dan proses ekologi dalam ekosistem di habitat yang berlainan.
  • Contohnya, ekosistem kaya dengan biodiversity seperti ekosistem laut, daratan, padang pasir dan paya bakau.

Pokok Filogeni

Filogeni merujuk kepada sejarah evolusi sesuatu spesies organisma. Pokok filogeni ialah rajah bercabang yang menunjukkan hubungan evolusi antara sekumpulan organisma.

Pengelasan filogeni

  • Sistem pengelasan yang menunjukkan hubungan evolusi dan sejarah evolusi organisma.
  • Dibuat berdasarkan struktur homolog, iaitu struktur anatomi yang serupa dalam pelbagai organisma yang mempunyai leluhur yang sama, tetapi fungsi yang berlainan.

Rajah 2

Rajah 2 - Manusia, anjing, kelawar dan haiwan anjing laut mempunyai jenis tulang yang sama, Cuma saiz dan panjang yang berbeza. Ini menunjukkan kempat-empat haiwan berasal daripada leluhur yang sama dengan hubungan yang rapat.

Bagi tumbuhan pula, tumbuhan darat dikatakan mengalami evolusi daripada alga hijau.

Rajah 3

Rajah 3 - Tumbuhan yang tidak mempunyai tisu vaskular ialah tumbuhan darat yang pertama, diikuti dengan tumbuhan vaskular tanpa biji benih. Tumbuhan vaskular pula akan berkembang menjadi tumbuhan vaskular dengan biji benih (gymnosperma dan angiosperma). Angiosperma merupakan tumbuhan berbunga yang paling berjaya kerana biji benihnya dilindungi di dalam buah.

Kepentingan Biodiversiti terhadap Alam Sekitar dan Manusia

  • Sumber makanan, ubat-ubatan dan pendidikan.
  • Memelihara keseimbangan alam.
  • Sebagai tempat rekreasi.
  • Digunakan dalam penyelidikan saintifik.

Pemuliharaan in situ merujuk kepada spesies di habitat asal mereka manakala pemuliharaan ex situ memelihara spesies di luar habitat asal seperti di zoo.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024