Fitohormon memainkan peranan yang sangat penting dalam pertumbuhan dan perkembangan tumbuhan. Kini, fitohormon boleh dijumpai secara semula jadi, sintetik atau dalam bentuk ekstrak. Aplikasi jenis-jenis fitohormon dalam pertanian boleh dilihat seperti bawah.
Auksin
Mendorong pertumbuhan tanaman
Merangsang pengembangan akar (pembiakan aseks) pada keratan batang tumbuhan berkayu bagi tanaman hortikultur
Menghasilkan buah tanpa biji melalui kaedah partenokarpi
Bertindak sebagai racun rumpai
Melambatkan pertunasan ubi kentang semasa penyimpanan atau pemasaran
Membantu pembentukan tumbuhan rendah dan rimbun
Giberelin
Merawat tumbuhan kerdil akibat mutase supaya tumbuh ke ketinggian normal
Merangsang pemanjangan tangkai bunga dengan pantas
Menghasilkan buah anggur yang lebih besar
Mendorong percambahan biji benih tanaman seperti salad, oat dan tembakau apabila keadaan suhu rendah atau kurang cahaya.
Sitokinin
Digunakan dalam teknik kultur tisu untuk merangsang pembahagian dan pembezaan sel
Juga digunakan bersama auksin untuk merangsang pembentukan organ tumbuhan seperti akar dan batang dalam teknik kultur tisu
Melambatkan penuaan daun bagi pokok bunga yang baru dipotong
Asid absisik
Menjejaskan proses percambahan dan pertumbuhan
Etilena
Merangsang pemasakan buah dengan pantas dan secara sekata untuk dikomersilkan
Merangsang pembungaan serentak pada tumbuhan dalam ladang