Nutrisi merupakan proses organisma memperoleh makanan untuk menjana tenaga dan nutrien. Secara umumnya, tujuan nutrisi adalah untuk pertumbuhan, penyelenggaraan dan pembaikan tisu rosak. Penyesuaian nutrisi adalah berbeza mengikut tumbuhan yang berlainan.
Penyesuaian Nutrisi dalam Tumbuhan
Tumbuhan parasit
Hidup menumpang pada tumbuhan lain yang dipanggil perumah.
Menyerap bahan organik, mineral dan air daripada perumahnya.
Membesar dengan cepat dan subur manakala perumah mengalami kekurangan nutrien, mengering dan akhirnya mati.
Rajah 3 - Contoh tumbuhan parasite ialah Rafflesia sp. (bunga pakma).
Tumbuhan epifit
Tumbuhan hijau yang hidup menumpang perumahnya.
Kebanyakan tumbuhan epifik mempunyai batang yang bengkak untuk menyimpan air.
Memperoleh lebih banyak cahaya matahari untuk proses fotosintesis dengan menumpang pada pokok perumah yang tinggi.
Dapat menjalankan fotosintesis dan menghasilkan makanan sendiri
Perumahnya tidak mengalami sebarang kerugian nutrien
Rajah 4 - Contoh tumbuhan epifit ialah Asplenium nidus (paku pakis langsuir).
Tumbuhan karnivor
Tumbuhan yang mampu menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesis.
Merembes nektar dan mempunyai kelongsong untuk menjerat serangga.
Serangga akan dicernakan dengan jus pencernaan dan membekalkan sumber nitrogen kepada tumbuhan.
Nitrogen penting untuk pertumbuhan kerana kawasan kediaman tumbuhan karnivor kekurangan makronutrien ini.
Rajah 5 - Contoh-contoh tumbuhan karnivor ialah Nepenthes sp. (periuk kera) (atas) dan Dionaea muscipula (perangkap lalat Venus) (bawah).