Nutrisi dalam Tumbuhan

3.2 - Organ Pengambilan Air dan Garam Mineral

Akar tumbuhan merupakan bahagian terpenting dalam penyerapan air dan garam mineral. Akar tumbuhan akan memanjang ke pusat bumi dan kawasan yang berair. Akar menjalani 2 fungsi utama iaitu:

  1. Menyokong dan mengukuhkan kedudukan tumbuhan.
  2. Menyerap air dan garam mineral dari tanah dan membawanya ke batang dan daun tumbuhan.

Struktur Akar dalam Penglibatan Air dan Garam Mineral

Rajah 1

Rajah 1 - Struktur akar tumbuhan

Penyesuaian Akar dalam Pengambilan Air dan Garam Mineral

Rajah 2

Rajah 2 - Struktur dalam akar tumbuhan. Silinder vaskular terdiri daripada xilem, floem dan perisikel.

Bahagian, Ciri dan fungsi

Epidermis

  • Sel-sel disusun rapat.
  • Dinding sel nipis dan membran sel telap air memudahkan resapan air ke dalam akar.
  • Sel epidermis berbentuk rambut akar dengan pemanjangan lateral.
  • Sel rambut akar tidak dilapisi kutikel membolehkan penyerapan air.
  • Sel rambut akar mempunyai vakuol besar untuk menyimpan air dan garam mineral supaya penyerapan air berlaku secara berterusan dan pantas.

Korteks

  • Terletak di bawah lapisan epidermis.
  • Dinding sel nipis membolehkan resapan air ke dalam akar.
  • Sel-sel disusun longgar membolehkan pertukaran gas yang efisien.
  • Kebanyakan sel merupakan sel parenkima.

Endodermis

  • Lapisan yang memisahkan korteks dengan silinder vaskular.
  • Sel disusun rapat dan setebal satu lapisan sel sahaja.
  • Kebanyakan dinding sel mengalami penebalan suberin atau lignin dan membentuk jalur Casparian.
  • Hanya air dan garam mineral dapat memasuki silinder vaskular.

Silinder vaskular

  • Terdiri daripada tisu xilem dan tisu floem yang dikelilingi tisu perisikel yang setebal satu sel.
  • Perisikel terlibat dalam pertumbuhan sekunder dan pembentukan cabang akar.
  • Tisu xilem dan tisu floem tersusun dalam corak berbentuk bintang.
  • Tisu xilem mengangkut air dan garam mineral.
  • Tisu floem mengangkut bahan organik (sukrosa) dan hormon tumbuhan.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024