Organisasi Tisu Tumbuhan dan Pertumbuhan

1.3 - Lengkung Pertumbuhan

Jenis Pertumbuhan Berdasarkan Kitar Hidup

Tumbuh-tumbuhan boleh diklasifikasikan berdasarkan jangka hayatnya.

  • Tumbuhan semusim
    • Tumbuhan yang mempunyai satu kitar hidup untuk satu musim atau satu tahun.
    • Biasanya mati selepas kitaran biologinya lengkap, dari percambahan sehingga berbunga atau penghasilan biji benih.
    • Contoh tumbuhan termasuk pokok padi, pokok labu dan pokok tembikai.

Tumbuhan Semusim

  • Tumbuhan dwimusim
    • Tumbuhan yang menggunakan 2 tahun dengan 2 musim pertumbuhan untuk melengkapkan kitaran hidupnya.
    • Musim pertumbuhan pertama ialah pertumbuhan tampang , di mana akar, daun dan batang berkembang.
    • Musim pertumbuhan kedua ialah pembiakan.
    • Kebanyakannya tumbuh di kawasan beriklim sederhana.
    • Selepas pertumbuhan tampang, pertumbuhan berhenti semasa musim sejuk dan disambung semula apabila musim bunga dan musim panas untuk proses pembiakan.
    • Tumbuhan berbunga, menghasilkan buah dan biji benih dan akhirnya mati.
    • Contoh tumbuhan ialah kubis, lobak merah dan pokok bunga balung ayam.

Tumbuhan Dwimusim

  • Tumbuhan saka
    • Tumbuhan yang hidup lebih daripada 2 tahun.
    • Mempunyai jangka hayat yang panjang (bergantung pada spesies dan keadaan).
    • Boleh dikategorikan kepada tumbuhan berkayu saka dan tumbuhan herba saka.
    • Kebanyakan tumbuhan ini boleh berbunga dan berbuah berkali-kali sepanjang hidupnya.
    • Mampu beradaptasi dengan persekitaran dan perubahan suhu persekitaran.
    • Contoh tumbuhan ialah rumput, pokok bunga raya, dan pokok mangga.

Tumbuhan Saksa

Lengkung Pertumbuhan dalam Tumbuhan

Anda masih ingat lengkung pertumbuhan sigmoid manusia dan haiwan dari Bab 15 Tingkatan 4? Bentuk lengkung pertumbuhan tumbuhan pula adalah berbeza mengikut faktor yang berlainan.

  1. Lengkung pertumbuhan tumbuhan semusim Rajah 12

    Rajah 12 - Lengkung pertumbuhan berbentuk sigmoid. Peringkat A menunjukkan penurunan jisim kering. Makanan yang disimpan dalam kotiledon digunakan untuk percambahan. Peringkat B menunjukkan penambahan jisim kering. Di sini, kadar pertumbuhan meningkat dengan pantas. Tumbuhan menjalankan fotosintesis dengan daun yang tumbuh. Peringkat C menunjukkan jisim kering malar. Kadar pertumbuhan sifar dan tumbuhan mencapai kematangan pada peringkat ini. Peringkat D menunjukkan penurunan jisim kering. Penurunan berlaku secara perlahan kerana proses penuaan, kadar fotosintesis rendah, keguguran daun, bunga dan penyebaran biji benih.

  2. Lengkung pertumbuhan tumbuhan dwimusim Rajah 13

    Rajah 13 - Lengkung pertumbuhan berbentuk dua lengkung sigmoid. Semasa musim pertumbuhan pertama, tumbuhan menghasilkan daun dan menjalankan proses fotosintesis. Makanan yang dihasilkan disimpan di dalam umbisi. Pada musim pertumbuhan kedua pula, makanan yang disimpan digunakan untuk menghasilkan bunga dan biji benih.

  3. Lengkung pertumbuhan tumbuhan saka Rajah 14

    Rajah 14 - Lengkung pertumbuhan merupakan jujukan sigmoid yang kecil. Lengkung pertumbuhan pada setiap tahun berbentuk sigmoid. Pertumbuhan berlaku sepanjang hayat. Pada musim bunga dan musim panas, kadar pertumbuhan adalah tinggi. Cahaya matahari yang tinggi memaksimumkan proses fotosintesis. Pada musim sejuk, kadar pertumbuhan menurun.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024