Organisasi Tisu Tumbuhan dan Pertumbuhan

1.1 - Organisasi Tisu Tumbuhan

Rajah 1

Rajah 1 - Anda masih ingat tentang organisasi tisu dalam tumbuhan dari Bab 2 Tingkatan 4? Anda sudah belajar tentang organisasi tisu dalam manusia. Sekarang, kita akan focus tentang tisu dalam tumbuhan sahaja dan fungsi-fungsinya.

Tisu kekal merupakan tisu matang yang telah menjalani atau sedang menjalani pembezaan. Tisu kekal boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu tisu epidermis, tisu asas dan tisu vaskular.

Rajah 2

Rajah 2 - Kedudukan tisu kekal pada bahagian tumbuhan adalah berlainan.

Jenis-jenis tisu dan fungsinya dalam tumbuhan

  1. Tisu epidermis
  • Terdapat di permukaan luar batang, daun dan akar tumbuhan muda
  • Dinding yang terdedah kepada udara luar diliputi lapisan kutikel yang berlilin dan kalis air
  • Kutikel mngurangkan air hilang melalui penyejatan (proses transpirasi), memberi perlindungan dan menghalang kemasukan patogen
  • Sel-sel epidermis yang diubah suai termasuk sel pengawal dan sel rambut akar.
  • Sel pengawal mengawal bukaan liang stoma untuk proses fotosintesis
  • Sel rambut akar meningkatkan luas permukaan untuk penyerapan air dan garam mineral
  1. Tisu asas
  • Tisu parenkima

    • Sel hidup yang paling ringkas dan belum menjalani pembezaan
    • Dinding sel nipis
    • Tisu parenkimia disusun dalam keadaan segah boleh menyokong dan mengekalkan bentuk tumbuhan herba
    • Menjalankan proses fotosintesis dan membantu penyimpanan kanji dan gula
    • Terlibat dalam pertukaran gas
    • Terlibat dalam pembaikan dan penjanaan semula tisu tumbuhan serta pengangkutan sistem vaskular
  • Tisu kolenkima

    • Sel hidup dan menjadi sel fleksibel apabila matang
    • Dinding sel terdiri daripada pektin dan hemiselulosa
    • Dinding sel lebih tebal daripada sel parenkima
    • Memberi sokongan mekanikal dan sifat keanjalan kepada tumbuhan
  • Tisu sklerenkimia

    • Terdiri daripada sel-sel mati yang telah matang
    • Dinding sel paling tebal
    • Menyokong dan menguatkan bahagian tumbuhan yang matang
    • Membantu pengangkutan air dan nutrien
  1. Tisu vaskular
  • Xilem

    • Terdiri daripada sel-sel mati yang tidak mempunyai sitoplasma
    • Dinding sel diselaputi lignin
    • Terdiri daripada salur xilem berongga yang memanjang dari akar ke daun
    • Mengangkut air dan garam mineral dari akar ke bahagian lain dalam tumbuhan
  • Floem

    • Terdiri daripada sel rakan dan tiub tapis (sel hidup yang mengandungi sitoplasma)
    • Tiub tapis tidak mempunyai nukleus dan ribosom kerana merosot apabila matang
    • Tiub tapis memanjang terbentuk daripada hujung ke hujung floem
    • Floem mengangkut gula yang dihasil dari proses fotosintesis dari daun ke akar, buah dan umbisi untuk disimpan

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024