Respirasi Sel

7.2 - Respirasi Aerob

Respirasi aerob melibatkan proses pengoksidaan glukosa dengan kehadiran oksigen untuk menghasilkan karbon dioksida, air dan tenaga. Organisma yang boleh menjalankan respirasi aerob dipanggil sebagai organisma aerob.

Glikolisis Glikolisis merupakan proses utama dalam respirasi aerob. Glikolisis ialah laluan metabolik yang menguraikan molekul glukosa menjadi molekul piruvat. Proses ini berlaku di sitoplasma sel. Satu molekul glukosa akan diuraikan menjadi dua molekul piruvat. Piruvat kemudian akan dioksidakan untuk menghasilkan karbon dioksida, air dan tenaga dalam mitokondrion. Sebahagian besar tenaga digunakan untuk menghasilkan ATP daripada adenosina difosfat (ADP) dan fosfat tak organik.

Formula Pengoksidaan Glukosa Pengoksidaan glukosa yang lengkap akan menghasilkan tenaga yang sangat tinggi (2898 kJ/38 molekul ATP).

Rajah 2

Rajah 2 - Tenaga disimpan dalam ikatan kovalen antara kumpulan fosfat. Apabila ikatan fosfat diputuskan, tenaga yang terbebas akan dibekalkan kepada sel untuk menjalankan aktiviti seharian. Molekul ATP dan ADP sentiasa dikitar semula untuk digunakan.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024