Respirasi Sel

7.1 - Penghasilan Tenaga melalui Respirasi Sel

Pernafasan ialah proses penting dalam semua organisma hidup. Penghasilan tenaga diperlukan oleh semua organisma hidup untuk menjalankan aktiviti seharian and proses hidup seperti:

Pernafasan

  • Perkumuhan sisa-sisa produk
  • Pembahagian sel
  • Pengangkutan aktif bahan
  • Pengecutan otot
  • Penghantaran impuls saraf
  • Sintesis biomolekul dalam badan
  • Penyerapan makanan yang dicerna
  • Pengekalan suhu badan normal

Substrat Utama dalam Penghasilan Tenaga

Respirasi sel , juga dipanggil respirasi dalaman merupakan satu proses di mana tenaga dihasilkan untuk semua aktiviti dalam sel. Respirasi melibatkan proses pengoksidaan molekul organik untuk melepaskan tenaga kimia yang terdapat dalam molekul tersebut. Ambil perhatian bahawa tenaga yang dihasilkan tidak diguna pakai begitu sahaja. Tenaga tersebut akan disepadukan dalam molekul pembawa tenaga yang dipanggil adenosina trifosfat (ATP). ATP kemudian akan digunakan oleh sel-sel untuk menjalankan proses-proses hidup. Glukosa merupakan substrat utama dalam respirasi sel dalam haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

  • Dalam manusia dan haiwan, sumber glukosa berasal dari karbohidrat yang dimakan.
  • Dalam tumbuh-tumbuhan, glukosa datang dari proses fotosintesis.

Rajah 1

Rajah 1 - Pencernaan karbohidrat (kiri) menghasilkan glukosa (sumber tenaga) untuk semua sel badan. Tumbuhan hijau menjalankan proses fotosintesis (kanan) untuk menghasilkan glukosa (sumber tenaga) untuk proses hidup yang lain.

Jenis Respirasi Sel

Terdapat dua jenis respirasi sel:

Dua Jenis Respirasi Sel

Fermentasi merupakan satu proses lain yang dilakukan oleh mikroorganisma seperti yis. Kita akan membincangkan proses fermentasi dengan selanjutnya nanti.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024