Homeostasis dan Sistem Urinari Manusia

13.3 - Isu Kesihatan Berkaitan Sistem Urinari

Ginjal akan mengalami kerosakan disebabkan oleh penyakit, dadah atau kecederaan. Kegagalan ginjal merupakan peringkat terakhir penyakit buah pinggang kronik. Faktor utama kegagalan ginjal adalah disebabkan oleh diabetes melitus dan tekanan darah yang tinggi. Ginjal hilang keupayaan untuk menuras bahan hasil buangan daripada darah kerana glomerulus yang telah rosak. Selain itu, sesetengah individu menghadapi masalah lain seperti pembentukan batu karang di dalam ginjalnya. Batu karang merupakan ketulan keras yang terbentuk daripada mineral dan garam seperti asid urik, kalsium oksalat dan hablur kalsium fosfat.

Rajah 9

Rajah 9 - Batu karang boleh dihindari dengan minum air yang banyak. Air dapat mencairkan bahan-bahan yang terdapat dalam air kencing yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024