Keimunan Manusia

11.4 - Isu Kesihatan Berkaitan Keimunan Manusia

Acquired Immunodeficiency Syndrome (AIDS)

AIDS

AIDS, yang dikenali ramai, merupakan penyakit yang menyerang sistem imun manusia. Penyakit ini disebabkan oleh virus yang dipanggil virus kurang daya tahan manusia (HIV). Selama beberapa tahun pertama jangkitan HIV, gejala tidak dapat dilihat walaupun virus sedang menyerang sistem imun secara aktif. Gejalanya seperti cirit-birit dan kelesuan yang tidak dapat dijelaskan hanya dapat dilihat selepas 8 hingga 10 tahun selepas jangkitan. HIV menyerang pelbagai sel imun terutamanya limfosit. Pesakit AIDS tidak mempunyai keimunan kerana sistem imun mereka telah dilemahkan. Akhirnya, sistem imun mereka tidak berfungsi dan pesakit AIDS mati daripada jangkitan penyakit lain.

Cara Penyebaran HIV

HIV boleh disebarkan kepada orang lain melalui cara-cara berikut:

  1. Bendalir badan seperti air mani, rembesan faraj atau darah
  2. Susu ibu atau melalui plasenta ke bayi
  3. Pemindahan darah atau organ
  4. Suntikan menggunakan jarum tercemar (penagih dadah)

Simbol HIV Penyebaran HIV

HIV tidak boleh disebarkan melalui cara-cara berikut:

  1. Bersentuhan atau berciuman individu dijangkiti HIV
  2. Gigitan serangga
  3. Perkongsian makanan atau minuman
  4. Udara atau sumber air
  5. Peluh, air liur atau air mata

Bukan Penyebaran HIV

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024