Keimunan Manusia
Keimunan aktif bermaksud sistem imun badan terlibat secara aktif dalam penghasilan antibodi. Dalam kata lain, antibodi ini bukan diperoleh daripada sumber luar misalnya melalui suntikan. Sebaliknya, keimunan pasif bermaksud sistem imun tidak terlibat secara aktif dalam penghasilan antibodi. Antibodi tersebut diterima daripada sumber luar seperti antiserum atau melalui plasenta dari ibu ke fetus.
Kedua-dua keimunan ini boleh dibahagikan kepada semula jadi dan buatan. Keimunan semula jadi bermaksud apa yang mencetuskan penghasilan antibodi adalah sesuatu yang berlaku secara semula jadi atau keimunan yang wujud secara semula jadi. Buatan pula merujuk kepada bahan sintesis yang diperkenalkan kepada seseorang individu.
Rajah 17 (kiri) - Apabila seseorang itu mendapat selesema, individu tersebut telah dijangkiti virus flu yang akan mendorong penghasilan antibodi menentangnya. Rajah 28 (kanan). Vaksinasi memperkenalkan patogen yang telah mati atau lemah ke dalam badan untuk merangsangkan sistem imun bagi menghasilkan antibodi.
Rajah 19 (kiri) - Semasa kehamilan, antibodi ibu akan meresap ke fetus melalui plasenta untuk perlindungan (imunoglobulin G merupakan antibodi yang plaing kecil dan dapat meresap melepasi membran dengan mudah). Selepas kelahiran, bayi akan mendapat antibodi secara berterusan melalui penyusuan. Rajah 20 (kanan). Biasanya, imunisasi buatan diberikan kepada seseorang yang bakal melakukan perjalanan ke negara yang mempunyai risiko tinggi penyakit tertentu seperti hepatitis A atau sebagai rawatan kecemasan untuk rabies, tetanus atau semasa wabak.
Graf 1 - Ini menggambarkan bagaimana aras antibodi berubah semasa keimunan aktif. Kali pertama jangkitan atau suntikan vaksin akan merangsang gerak balas keimunan yang pertama. Perhatikan kali kedua jangkitan oleh patogen yang sama akan merangsangkan penghasilan antibodi yang lebih banyak kerana kewujudan ingatan imunologi. Oleh kerana badan terlibat secara aktif dalam penghasilan antibodi, kehadiran sel memori membantu badan mengingati bagaimana bertindak balas terhadap patogen yang pernah dihadapi sebelum ini. Masa yang diambil untuk penghasilan antibodi kali kedua adalah lebih pendek, maksudnya badan dapat bertindak dengan lebih pantas untuk memusnahkan patogen. Aras antibodi kekal tinggi melepasi aras keimunan setelah setiap kali menghadapi patogen.
Graf 2 - Dalam keimunan pasif buatan, perhatikan aras antibodi yang meningkat secara mendadak sejurus suntikan kerana antibodi diperkenalkan terus ke dalam saluran darah. Badan tidak terlibat secara aktif dalam penghasilan antibodi dan tiada sel memori dihasilkan. Selepas patogen berjaya disingkirkan, aras antibodi akan jatuh dengan pantas bawah aras keimunan, maksudnya individu tersebut tidak lagi mempunyai keimunan terhadap penyakit tersebut. Hanya selepas penerimaan suntikan antiserum kali kedua akan individu tersebut mendapat perlindungan daripada penyakit tersebut.
Answer practice questions to test your knowledge
Join our community on Whatsapp!