Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat

6.3 - Usaha Menangani Ancaman Komunis

  • Beberapa usaha telah diambil oleh penguatkuasaan Undang-undang Darurat.
  • Pemerkasaan pasukan keselamatan.
  • Pengenalan pendaftaran kebangsaan.
  • Rancangan Briggs
  • Tawaran pegampunan
  • Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat
  • Perintah berkurung
  • Perang saraf
  • Rundingan Baling

1. Penguatkuasaan Undang-Undang Darurat

  • Menahan sesiapa yang disyaki terlibat dalam pergerakan komunis.
  • Kenakan hukuman berat.
  • Mengetatkan undang-undang senjata api dan kenaikan hukuman mati.
  • Geledah rumah kediaman, pagar kampung, adakan perintah berkurung.
  • Haramkan PKM dan parti fahaman radikal. Contoh: AWAS, PETA, PERAM.
  • Tangkap pemimpin gerakan radikal.

2. Pemerkasaan Pasukan Keselamatan

  • Perkasakan pasukan keselamatan tempatan untuk banteras kegiatan komunis.
  • Pasukan Keselamatan:
    • POLIS
    • TENTERA
    • SUKARELAWAN

3. Pendaftaran Kebangsaam dan Kad Pengenalan

  • Sistem pendaftaran kebangsaan diperkenalkan.
  • Pengunaan kad pengenalan.
  • Bagi mengawal pergerakkan penduduk.
  • Mudah untuk bezakan antara penduduk awam dan komunis.
  • Lelaki,wanita dan kanak-kanak berumur 12 tahun keatas dikehendaki untuk mendaftar denga pihak berkuasa.

4. Rancangan Briggs

  • Dilancarkan oleh Sir Henry Gurney.
  • Untuk putuskan hubungan antara PKM dan Min Yuen yang membekalkan makanan, senjata maklumat dan ubat kepada PKM.
  • Untuk lemahkan pergerakan komunis.
  • Penduduk diarahkan untuk pindah dari kampung halaman ke petempatan baru.
  • Digelarkan sebagai “Kampung Baru”.

5. Tawaran Pengampunan

  • Sir Henry Gurney mengisytiharkan pegampunan kepada komunis untuk serah diri.
  • Radio Malaya siarkan syarat tawaran pengampunan.
  • Poster ditampal di merata-rata tempat.

6. Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat

  • Lancarkan kempen “Bulan Rakyat Melawan Penjahat”.
  • Penduduk berbilang kaum diseru supaya daftarkan diri secara sukarela dengan pihak berkuasa.
  • Berjaya libatkan berbilang kaum untuk bekerjasama menentang komunis.
  • Galakkan interaksidan eratkan hubungan antara kaum.

7. Perintah Berkurung

  • Tindakan yang melarang penduduk untuk keluar dari rumah dalam tempoh tertentu.
  • Membolehkan pasukan keselamatan menjalankan operasi memburu komunis.
  • Perintah berkurung turut dijalankan terhadap penduduk yang tidak mahu beri kerjasama dengan pihak berkuasa.

8. Perang Saraf

  • Rancangan yang dilaksanakan oleh British.

  • Untuk hapuskan komunis melalui usaha memenangi hati dan fikiran rakyat.

  • Templer dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British di TM.

  • Templer jalinkan hubungan baik dengan penduduk tempatan.

  • Perang saraf berjaya memujuk rakyat untuk bersatu dan banteras ancaman komunis.

  • Tindakan Templer:

    • Mengadakan Lawatan
    • Melonggarkan Syarat Kewarganeraan
    • Tawarkan Hadiah Wang Tunai
    • Mengadakan Pilihan Raya Majlis Perpandaran Kuala Lumpur
    • Memenangi Kepercayaan Orang Asli
    • Memperkenalkan Kawasan Hitam dan Putih
    • Memajukan Perkhidmatan Penerangan

9. Rundingan Baling

  • Kerajaan PTM diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan David Marshall.

  • PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien, dan Rashid Maidin.

  • Syarat Tunku Abdul Rahman:

    • Meminta Chin Peng bubarkan PKM.
    • PKM letak senjata.
    • Komunis perlu serah diri.
  • Syarat Chin Peng:

    • Meletakkan senjata dan penyerahan diri sekiranya kerajaan bersetuju mengakui PKM sebagai parti politik yang sah.
  • Tunku enggan terima syarat tersebut.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024