Ekosistem

9.2 - Ekologi Populasi

Ekologi populasi mengkaji interaksi antara sesuatu populasi dengan persekitarannya. Taburan populasi dalam sesebuah habitat menunjukkan bagaimana sesuatu spesies yang sama tersebar.

Faktor yang Mempengaruhi Taburan Populasi

Rajah 8

Rajah 8 - Faktor-faktor yang mempengaruhi taburan populasi tumbuhan. Suhu optimum untuk tumbuhan terletak antara 25°C hingga 30°C. Suhu yang tinggi boleh merosakkan enzim dan menjejaskan proses biokimia tumbuhan. Akibatnya, pertumbuhan tumbuhan terencat, kadar fotosintesis berkurang dan kadar transpirasi meningkat. Sumber air penting untuk aktiviti enzim, proses fotosintesis, pengangkutan dan sokongan tumbuhan. Kawasan kering akan mengurangkan taburan populasi dan kepadatan tumbuhan. Tenaga cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Kawasan dengan keamatan cahaya rendah mempunyai bilangan tumbuhan yang sedikit. Nilai pH tanah penting untuk penyerapan nutrien. Tanah yang berasid atau beralkali akan mengurangkan penyerapan nutrien dan menjejaskan pertumbuhan tumbuhan. Kandungan mineral akan menjejaskan penyerapan air. Kepekatan garam tinggi akan menyebabkan kehilangan air dari tumbuhan secara osmosis. Mineral penting untuk sintesis protein, nukleotida, vitamin dan sebatian lain.

Rajah 9

Rajah 9 - Faktor-faktor yang mempengaruhi taburan populasi haiwan.


Taburan populasi mempunyai 3 corak tertentu iaitu berkelompok, rawak dan sekata.

Sekata

Sekata

  • Tersebar di seluruh kawasan yang didiami.
  • Menunjukkan spesies bersaing sumber yang terhad dalam sesebuah kawasan.

Rawak

Rawak

  • Taburan organisma bebas di sesebuah kawasan.
  • Spesies kurang berinteraksi antara satu sama lain.

Berkelompok

Berkelompok

  • Kumpulan yang terpisah terbentuk.
  • Disebabkan taburan sumber yang tidak sekata di kawasan tersebut.

Anggaran Saiz Populasi Organisma

Ekologi populasi boleh dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu saiz populasi dan kepadatan populasi.

  • Saiz populasi bermaksud bilangan organisma yang ada dalam sesebuah populasi.
  • Kepadatan populasi merujuk kepada bilangan individu sesuatu spesies per unit keluasan habitat.

Rajah 10

Rajah 10 - Teknik persampelan kuadrat digunakan untuk menganggarkan saiz populasi tumbuhan daratan dan haiwan yang tidak aktif atau bergerak perlahan. Bilangan organisma dalam semua kuadrat merupakan anggaran populasi sesebuah kawasan kajian. Kuadrat merupakan rangka segi empat sama yang diperbuat daripada kayu, besi atau plastik. Biasanya, kuadrat akan dibahagikan kepada beberapa yang bersaiz sama besar untuk menganggarkan peritus litupan sesuatu spesies. Saiz kuadrat bergantung pada jenis dan saiz organisma, keluasan kawasan, taburan dan kepadatan tumbuhan yang hendak dikaji. Contohnya, kuadrat 1 m2 sesuai digunakan untuk menganggarkan populasi tumbuhan di padang sekolah.

Teknik ini boleh menganggarkan frekuensi, kepadatan dan litupan sesuatu spesies tumbuhan yang dikaji.

Frekuensi

  • Merujuk kepada kebarangkalian untuk memperoleh sesuatu spesies tumbuhan dalam setiap kuadrat.
  • Formula:

Frekuensi

Kepadatan

  • Bilangan individu purata spesies per unit luas kawasan kajian.
  • Formula:

Kepadatan

Litupan

  • Luas permukaan tanah yang dilitupi oleh tumbuhan spesies yang dikaji.
  • Peratus litupan ialah peratus permukaan tanah yang dilitupi oleh tumbuhan.
  • Formula:

Peratus Litupan


Untuk orgnisma yang bebas bergerak pula, kaedah tangkap-tanda-lepas-tangkap semula boleh digunakan untuk menganggarkan saiz populasi organisma dalam sesebuah kawasan. Biasanya, kaedah ini digunakan pada musang, ikan yu, siput, ulat gonggok, serangga dan rama-rama. Berikut adalah langkah-langkahnya.

kaedah tangkap-tanda-lepas-tangkap semula

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024