Penyesuaian Tumbuhan pada Habitat
Semua organisma hidup perlu beradaptasi dengan perubahan persekitaran untuk terus hidup dan mengekalkan kemandirian spesies. Adaptasi merujuk kepada penyesuaian organisma terhadap persekitaran. Bagi tumbuhan, adaptasi boleh dilihat pada bentuk daun, akar dan batangnya.
Adaptasi tumbuhan adalah berlainan berdasarkan habitat masing-masing. Tumbuhan boleh dikategorikan kepada 4 jenis.
Seperti yang dijelaskan di atas, tumbuhan halofit tinggal di kawasan berpaya di mana bekalan oksigen adalah terhad dan kandungan garam yang tinggi. Kawasan berpaya ini juga terdedah kepada keamatan cahaya yang tinggi. Terdapat ciri-ciri khusus yang membolehkan tumbuhan halofit seperti pokok bakau untuk beradaptasi di keadaan sedemikian.
Bercabang luas dan mempunyai pelbagai bentuk dan saiz.
Menghasilkan ratusan akar pernafasan yang dipanggil pneumatofor yang tumbuh tegak di permukaan tanah
Terdapat banyak liang yang dipanggil lentisel pada akar untuk membolehkan pertukaran gas respirasi dan fotosintesis.
Kandungan garam dalam sap sel akar adalah lebih tinggi berbanding dengan air laut. Oleh itu, sap sel akar tidak akan kehilangan air secara osmosis. Sebaliknya, tumbuhan halofit dapat memperoleh air dan garam mineral melalui air laut.
Tumbuhan hidrofit selalu dijumpai terapung di permukaan atau tenggelam di dalam air. Kebanyakannya mempunyai akar serabut halus yang memberi luas permukaan besar dan memerangkap gelembung udara untuk menstabilkannya dan menjadikannya ringan. Ini membolehkannya terapung atau tegak di dalam air.
Contohnya, pokok teratai merupakan contoh tumbuhan hidrofit yang terapung di permukaan air. Akarnya tidak mencecah dasar kolam. Daunnya lebar, nipis dan rata membolehkan penyerapan cahaya matahari maksimum untuk proses fotosintesis. Kebanyakan stoma boleh dijumpai pada epidermis atas daun. Kehadiran kutikel berlilin dan kalis air di epidermis atas daun juga memastikan stoma sentiasa terbuka. Batangnya terdiri daripada tisu aerenkima yang ringan dengan banyak ruang udara.
Elodea sp. merupakan contoh tumbuhan tenggelam hidrofit yang tumbuh dalam air sepenuhnya. Daunnya yang nipis dan kecil menambahkan jumlah luas permukaan per isi padu dan meningkatkan kadar resapan air, garam mineral dan gas terlarut melalui epidermis. Tumbuhan ini tidak mempunyai stoma dan kutikel pada daunnya. Batangnya kecil membantunya tegak terapung di dalam air dan mengurangkan rintangan aliran air.
Tumbuhan xerofit pula mampu beradaptasi di kawasan yang sangat kering kerana ciri-ciri berikut.
Akarnya tumbuh meluas dan menembusi jauh ke dalam tanah untuk penyerapan air dan mineral.
Batangnya boleh menjalankan fotosintesis untuk menghasilkan makanan.
Daunnya yang kecil dengan kutikel berlilin menghalang kehilangan air secara berlebihan.
Stoma kaktus terbenam agar penyejatan air dikurangkan.
Answer practice questions to test your knowledge
Join our community on Whatsapp!