Pewarisan

11.2 - Pewarisan Dihibrid

Definisi Pewarisan Kacukan Dihibrid

Pewarisan hibrid melibatkan pewarisan dua ciri di mana setiap ciri dikawal oleh gen yang berlainan. Contoh eksperimen pewarisan dihibrid pada kacang pis ialah warna dan bentuk biji benih.

Pewarisan Kacukan Dihibrid

Gamet, BK, Bk, bK dan Bk

Rajah 6

Nisbah Fenotip F2

9 biji bulat, kuning : 3 biji bulat, hijau : 3 biji kedut, kuning : 1 biji kedut, hijau

Rajah 6 - Pewarisan hibrid untuk ciri bentuk dan warna biji benih kacang pis.

Hukum Mendel II

Hukum Mendel II yang juga dipanggil Hukum Pengaturan Bebas menyatakan bahawa setiap ahli daripada pasangan alel boleh bergabung secara rawak dengan ahli daripada pasangan yang lain semasa pembentukan gamet.

  • Rumusan daripada eksperimen dihibrid Mendel
    • Gabungan baru ciri muncul pada generasi F2, iaitu biji yang berkedut berwarna kuning dan biji bulat berwarna hijau.
    • Dua pasang ciri digabung dalam generasi F1, tetapi terpisah dan bertindak secara bebas dalam generasi F2.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024